News Update :

Info: Semakan Tawaran Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Rabu, 25 April 2012


Anda yang telah membuat permohonan program Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 (1 Julai hingga 10 Oktober 2011), dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 melalui internet boleh disemak di laman sesawang KPM.

Semakan boleh dibuat bermula 25 April 2012 di www.moe.gov.my . Pemohon yang membuat semakan dan BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya.

Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar. Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.

Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

Sumber dari: Ziefauzi
Share this Article on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Copyright Jawatan Kosong Malaysia 2012 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.